March 19th, 2010
Hari ini atok pergi hantar kasut kat kedai. Kasut tu dah nak tanggal tapaknya. Nanti susah la pulak atok nak berjogging dan main badminton macam biasa. Atok rasa atuk kena beli kasut baru nanti. Yelah, aktiviti atok membuatkan atok yakin yang atok perlu ada 2-3 kasut. Maklumlah, atok kan aktif orangnya. Haha..
Ada orang kata bersukan tu boleh membuatkan tubuh badan kita segar. Bagi atok, atok bersukan disebabkan oleh sebab-sebab tertentu. Tak perlulah atok ceritakan sebab nanti korang kata atok ni gila pula sebab bersukan disebabkan oleh sebab-sebab yang tak masuk dek akal. Jadi, biarlah rahsia.
Ps: Atok gi bank. Ada duit. Bolehlah beli kasut baru.
Tags: atok gila, atok nak beli kasut baru, kasut, kasut badminton, kasut baru, kasut bata, kasut bola, kasut power, kasut sukan, kehidupan atok, Kisah Atok, nak beli kasut mana, penyakit gila, rahsia, rahsia atok, sebab bersukan, spotrs, why sports
Posted in Kisah Atok, Perangai gila atok | No Comments »
March 18th, 2010
Hari ini atok ajar abah atok untuk buat facebook. Yap. Atok masih ada abah lagi tau. Abah atok hidup sehat walafiat. Sebab beliau nekad nak belajar tentang facebook, jadi atok pun ajarlah sikit-sikit. Mak atok pun atok ajar gak tadi. Camana nak buat email dan camana nak daftar facebook. Ok la. Diorang mudah faham sebab diorang pun dah tahu serba-sedikit tentang dunia facebook nih. Takdelah sesusah mana. Cuma kena pandai biasakan diri.
Tentang facebook ni, kalau kita cerita bab tak baik atau bab tak elok ni, memang banyak. Tapi kita kena fikir positif. Kita fikir yang baik-baik. Banyak kebaikan dan faedah yang kita boleh dapat dari facebook ni. Semuanya dari kita dan kita yang mencorakkan aktiviti seharian kita. Nak pergi sana ke, nak berfacebook ke, nak gi picnic ke, nak gi dating ke, terpulang pada kita dan bagaimana kita nak corakkannya.
Ps: Atok nak kuar. Cari kek. Lapar kek plak..
Tags: atok dan facebook, buat duit dengan facebook, cara nak daftar email, cara nak daftar facebook, cerita facebook, facebook, facebook for newbie, facebook stories, faedah dari facebook, how to use facebook, kebaikkan facebook, keburukan facebook, nak berfacebook
Posted in Kisah Atok, Perangai gila atok | No Comments »
March 17th, 2010
Seharian atok berjalan semalam dengan kawan-kawan atok.
Pergi tengok wayang
Pergi main bowling
Pergi makan-makan
Pergi borak-borak
Pergi jalan-jalan
Pergi lumba-lumba..
Tapi tak penat
CUma lelah dan perasaan bercampur-baur
Gembira
kerana berjumpa dengan mereka
Sedih
kerana terpaksa berpisah
Geram
kerana kalah main bowling
Seronok
kerana menonton wayang setelah berbulan tak masuk panggung..
Cuak
kerana terjumpa seseorang yang dirindui..
Begitulah. CUti-cuti atok..
ringkas
tapi penuh dengan penghayatan
dan perasaan
serta kedukaan
serta kekacauan
malah
mungkin mengakibatkan
banjirnya air mata
seketika.
Ps: Atok penat berjalan sebenarnya..
Tags: berjalan-jalan, berpisah, cuak, cuti dengan atok, cuti-cuti atok, cuti-cuti malaysia, gembira, geram, kedukaan, kekacauan, kepenatan, lelah, life, live, main bowling, makan, makan-makan, penat, penghayatan, perasaan, perpisahan, sedih, tired, vacation
Posted in Kisah Atok, Perangai gila atok | No Comments »